Quantcast
Channel: Biaqpila™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1649

9 RUMUSAN AWAL KEPUTUSAN PRU 13

$
0
0

Now everyone can vote!!!

Oleh: Hasbie Muda

1. Keputusan secara keseluruhannya bersifat status quo iaitu kerusi Pakatan Rakyat tidak banyak bertambah. Hanya meningkat 7 kerusi di peringkat parlimen dan 71 kerusi di peringkat DUN. Keadaan ini disebabkan oleh pengurangan kerusi majoriti Melayu di luar dan pinggir bandar dan peningkatan kerusi majoriti bukan Melayu dan kerusi campuran di kawasan bandar.

2. Penolakan pengundi bandar terhadap BN membuktikan bahawa program Transformasi Najib khususnya dalam hal ehwal ekonomi tidak diterima oleh golongan pertengahan atau golongan berpendidikan menengah dan tinggi yang majoritinya mendiami kawasan bandar. Ini dibuktikan dengan penguasaan mutlak Pakatan Rakyat di kerusi bandar khususnya ibu-ibu negeri di mana hanya Kangar dan Johor Bharu sahaja masih dikuasai Barisan Nasional. Di Johor Bharu pula, majoriti undi calon BN Tan Sri Shahrir Samad merosot sebanyak 15,215 undi.

3. Kemerosotan undi PAS dan PKR khususnya di kawasan Melayu di luar dan pinggir bandar membuktikan bahawa pengundi Melayu luar dan pinggir bandar ragu-ragu terhadap keupayaan PAS dan integriti kepimpinan PKR. Ia berpunca daripada serangan berterusan media Umno menggunakan isu perkauman, kalimah Allah dan video seks.

4. Selain itu, kemerosotan undi Pakatan Rakyat di kerusi-kerusi tersebut walaupun pada masa yang sama meningkat di Terengganu membuktikan bahawa pemberian dana langsung iaitu BR1M, BP1M dan BB1M sangat berkesan kerana mudah dirasa. Di Terengganu, pengundi sudah terbiasa kerana dana khas (wang ehsan) telah diagihkan sejak tahun 2000 lagi.

5. Peningkatan ketara kerusi PAS di Terengganu khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun membuktikan bahawa keberkesanan jentera pilihanraya PAS selain kerjasama erat PKR. Ia diperkukuhkan dengan pengaruh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang membantu peningkatan undi di saluran orang muda di kawasan tersebut.

6. Peningkatan ketara kerusi Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan bahawa dasar kerajaan di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sangat popular di kalangan rakyat Selangor. Pengaruh beliau mengatasi pemimpin utama Pakatan Rakyat sehingga mengagalkan kempen sistematik Barisan Nasional yang gigih berusaha merampas Selangor. Selain itu, peningkatan ketara kerusi PAS di Selangor disumbangkan oleh penyertaan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PAS. Beliau berjaya menarik sebahagian besar penyokong Umno untuk menyokong PAS.

7. Punca utama penolakan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar adalah masalah celik politik yang rendah walaupun kadar celik maklumat sangat tinggi. Ini membuktikan bahawa projek pembodohan media Umno sejak Merdeka sememangnya telah berjaya. Ini diburukkan dengan kesan program Biro Tata Negara (BTN). Isu yang dibincangkan oleh pengundi Melayu sepanjang tempoh kempen berkisar tentang ancaman kaum lain serta video seks. Ini berbeza dengan pengundi Cina dan pengundi Melayu bandar yang membincangkan isu ekonomi, pendidikan dan masalah kos sara hidup yang tinggi.

8. Kegagalan Dato' Sri Najib Tun Razak untuk mendapatkan majoriti 2/3 kerusi parlimen atau sekurang-kurangnya membaiki prestasi BN berbanding di bawah Pak Lah tahun 2008 dulu membuktikan bahawa beliau telah gagal mengubah Umno dan Barisan Nasional walaupun pelbagai program dan insentif diberikan kepada rakyat. Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai alasan kukuh untuk mendesak Dato' Sri Najib mengambil tanggung-jawab sebagaimana Pak Lah bertanggungjawab meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri pada tahun 2009 dahulu. Apapun, hal ini bergantung pada sokongan Tun Dr Mahahthir Mohamad. Jika Tun Mahathir menyokong Najib, Khairy dan Muhyiddin hanya akan berputih mata.

9. Kemungkinan besar, PRU 13 adalah PRU yang terakhir dimenangi oleh Umno/BN. Dalam keadaan hutang negara yang makin meningkat, dijangka ia mencecah antara 800 billion hingga 1 trillion jika program Transformasi ekonomi tidak membuahkan hasil. Kos sara hidup akan terus meningkat. Walaupun insentif dana langsung digandakan tetapi cukai dan pelbagai bayaran seperti tol dan saman AES akan terus menekan rakyat. Melainkan kerajaan di bawah Najib mengamalkan dasar berjimat cermat di semua peringkat termasuk pimpinan utama dan isteri, negara kita sedang menuju kearah ekonomi yang semakin teruk. Ini akan diburukkan dengan hasil petroleum yang dijangka merosot dari tahun ke tahun.


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1649