Quantcast
Channel: Biaqpila™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1649

JANGAN JADI BANGANG LAWAN SESAMA SENDIRI

$
0
0
DEY MACHA!!!
TAK GUNA KITA LAWAN SESAMA SENDIRI
DI KALA AMNO BE END TENGAH NAZAK
PERBETOI APA YANG SILAP
TOLAK ANSOQ LA SIKIT
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
JANGAN BUAT KERJA BODOH
JANGAN BAGI PUNAH IMPIAN KE PUTRAJAYA
HARAP PEMIMPIN PR DAPAT SETELKAN CEPAT
SEBELUM MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
SEPANDAI-PANDAI AMNO MELOMPAT
AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGAK
KAH! KAH! KAH!


Salah faham saat akhir punca pertindihan kerusi PAS-PKR kata pemimpin.



KUALA LUMPUR, 21 April — Masalah teknikal dan salah faham disaat-saat akhir punca insiden memalukan apabila berlakunya pertindihan kerusi diantara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS dan PKR, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Menurut Salahuddin, pimpinan PAS akan mengadakan membincangkan mengenai isu ini dalam mesyuarat Dewan Harian esok untuk mencari jalan penyelesaian.

“Pada saya ini adalah masalah teknikal dan berlaku salah faham diperingkat akhir dikawasan-kawasan dimana berlakunya pertindihan,” kata Salahuddin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Salah faham ini gagal ditangani diperingkat akhir dan saya percaya semua ini akan berjaya diselesaikan dalam jangkamasa terdekat,” tambah beliau lagi.

Semalam berlaku pertindihan antara PAS dan PKR di enam kerusi melibatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tamat penamaan calon walaupun rundingan kerusi diantara PR dikatakan sudahpun selesai sebelum ini.

Naib Presiden PKR pula mengatakan dalam situasi sebegini, salah satu pihak perlu mengalah untuk mencari jalan penyelesaian.

“Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah untuk kepimpinan berbincang,” katanya dalam satu kiriman teks pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

“Salah satu pihak harus tarik diri. Isnin akan ada rundingan.”

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR tidak seharusnya berlaku akan tetapi percaya ianya boleh diselesaikan.

“Saya tidak boleh ulas lanjut. Esok pemimpin PAS akan berbincang untuk selesaikan masalah ini. Ini tidak sepatutnya berlaku, saya percaya boleh diselesaikan,” kata beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu apabila dihubungi.

Seorang lagi Naib Presiden PKR N Surendran tidak menganggap pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR sebagai satu masalah yang besar.

“Tidak banyak kerusi yang bertindih diantara PAS dan PKR. Hanya beberapa sahaja, selebihnya yang banyak kita tidak bertindih,” katanya.

“Kita akan buat perkara sepatutnya secepat mungkin.”

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang merasakan masih terlalu awal untuk beliau memberikan komen mengenai isu ini.

“Saya fikir semuanya akan dibincangkan dan harap-harap ianya akan dapat diselesaikan,” katanya apabila ditanya semasa satu sidang akhbar di Johor hari ini.

Bagi kerusi Parlimen Labuan, pertindihan berlaku selepas calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon PAS, Hadnan Mohamad hadir pada hari penamaan calon untuk mendaftarkan diri selain calon Barisan Nasional (BN) Rosman Isli yang akan bertanding di kerusi parlimen tersebut.

Pertindihan calon PAS dan PKR turut berlaku di kerusi DUN Pulau Pinang melibatkan dua pemimpin PR iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari PAS serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR yang akan berhadapan lawan daripada BN, Datuk Mahmud Zakaria.

Selain itu, empat lagi kerusi DUN yang berlaku pertindihan adalah Kota Damansara, Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Pada Pilihan Raya 2008, pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP mencipta sejarah apabila berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN dan merampas beberapa buah negeri.

Pilihan Raya 2013 dikatakan paling sengit dalam sejarah oleh kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.

BN dijangkakan akan terus berkuasa selepas Pilihan Raya 2013 akan tetapi tidak mustahil bagi PR untuk membuat kejutan.

Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara akan memilih 222 wakil bagi kerusi Parlimen dan 505 wakil di kerusi DUN di setiap negeri kecuali Sarawak.

Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

TMI


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1649

Latest Images

Trending Articles


Biodata Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5


TONTON ONLINE MENCINTAIMU FULL EPISOD


Bintang Porno Malaysia dan Cerita Lucah


Bagaimana nak buat promosi yang targeted terus pada pembeli


Nesh Outdoor Water Filter


Hiking Bukit Gasing


Review Ladang Teh Boh Sungai Palas (Boh Tea Centre)


Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Kematian pelajar UNIMAS kehilangan besar, kata Fadzil